Assalmualaikum. Hai semuanya. Sy share sikit kenangan dan pengalaman bersalin emergency czer sebagai firstborn firstmom and firstparent. Enjoy okey. Hihi
Pada 21/4/21 pukul 2.30 pgi sy dan suami baru nak lelapkan mata disebabkan susah nak tidur ye lah asyik duk fikir kn baby dlm perut bilaa laa nk keluar, mamapapa da xsbr nak jmp baby. Masa tu dah 39w2d tapi tanda2 nak bersalin mmg xde langsung, sbb tu mamapapa duk pujuk2, gosok baby supaya cpt keluar, tiba2 poppp rasa meletup sikit dkt bhagian bwh, rupanya baby dah kuarkan air ketuban sikit . Allahu mmg bsr sungguh kuasa Allah. Sikit pun xde rasa sakit contraction masa tu. masih awal
Tak tggu lama, terus pergi cari mak kat katil dia, tanya mak betul ke ni air ketuban. Mak kata betul la tu. papa terus pergi tukar pakaian , angkut semua beg hospital, dokumen2 masukkan dalam kereta😁. Masa tu mama sempat lagi pergi mandi, bersihkan diri, pakai siap lawa2 sblm pergi ke spital. Mak siapkan makanan sahur utk papa tapi papa mampu mkn dua mulut jer sbb papa da terlampau panik , takut + eksaited nk jmp zuriat dia ni.
Pukul 3 pagi kitorang bertolak ke husm, sepanjang perjalanan mama duk baca surah maryam sambil makan buah anggur hitam. Papa diam jer masa drive, sbb mama dah psn awal2 ,jgn duk kalut jadi wartawan kalau mama dah ready nk labour sbb mama nak focus dkt baby jer, xnak terlepas 1 pun moment journey nak bersalin😊. Lagipon lebih elok kurangkan bercakp sbb dpt save energy utk bersalin nnt kn. ecececeh….musim tu masih ada roadblock utk rentas daerah (pkpd/pkpb/pkp/). Sampai jer dlt roadblock tu, polis tanya nak pegi mana, suami angkat buku pink, cakap “nk pergi beranak“ , pak polisi tekejut “ oh nk bersalin, silakan silakan”. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan distu, jln pun lengang jer sbb masa tu org tgh sdp tidur kan😉. Papa drive slow jer, x kalut sgt sbb mama masih tiada sebarang contraction.
Sesampai di Husm, papa setelkan pendaftaran, mama pun dah kne kurung dlm bilik rawatan. Mama dah kecut perut masa tu sbb bilik rawatan dia sekali dgn LR , memang dgr sebijik2 ibu2 tgh bertarung nyawa meneran utk keluarkan baby. Allahu seram sejuk mama dibuatnya. Mama igtkan mama je nk branak mlm tu, rupanya berduyun2 ibu yg sedang berjuang. Dr laki yg cek jln mama masa tu da buka 2cm, Dr ckap kalau pukul 2.30 petang masih belum bersalin. Mama da kne on antibiotics sbb da lebih 12jm, takut ada jangkitan kuman dlm air ketuban. Masa tu dr cek i ketuban dah tinggal 5, teelampau banyak leaking so bahaya utk baby dan risiko baby lemas + makan taik sendiri sangat lahhh tinggi.


Pukul 7 pagi lebih2, last mama dpt jmp papa dkt luar bilik, sbb mama da nk kne warded. Sempat jmp mak skali utk slam , cium peluk bermaaf maafan kot2 keluar wad nnt dah xbernyawa kn😌. Amat sedih bersalin musim pkp ni gaiss, nak buat ank lepas ni kne cek timing betul2, xnak daa bersalin sorang2. Masa kat wad, ramai ibu2 yg tgh menahan contraction, yg tgh tgu LR kosong, yg ada komplikasi lain lagi. Sepanjang dlm was tu, nurse2 mmg friendly, suasana pun best, bersih dan selesa.
Pukul 2 lebih mama terpaksa on antibiotics sbb dah lebih 12 jm. Contraction masa tu dah nak nak nak menggila, tapi mama cba tahan, mama selawat, baca surah maryam, guna teknik pernafasan yg dah belajar , berjalan2 sekitar wad tu. pukul 5 petang mama dah xtahan sgt dh mcm nak berak menahan sakit contraction ni, mintak Dr cek jln, masiiiiih 5 cm. tpi perut dah sakit sungguh2, mama tahan lagiii demi mu wahai baby. Sepanjang contraction tu mama sikit pun tak nangis sbb takut hilang tenaga dan sakit makin kuat, mam cuma kawal pernafasan dan selawat shj.
Mama masih igt, waktu azan isyak mama mintak Dr cek skali lg jln sbb sakit dah melampau lampau ni, mama harap jln dah buka banyakk laa. Hmm skali masih duk 5cm jer weh. Hampeh, tapi mama dah mengadu dkt Dr ckp sakit gila2 ni, rasa nk berak, nk muntah da ni. Atas belas kasihan Dr, terus dia buat ctg, dan call LR utk stanby. Mama dlm kesakitan pun rasa happy sbb turn mama nk masuk LR dah tiba😀
Lepas Dr buat ctg, result Heartbeat bby daa x cantik, x normal. Mama dah start risau dgr Dr cakap sama diorang . Xpe mama kuat semangat dan yakin baby mama pun kuat. Pukul 11 mlm mama masuk LR dan cek lagi jln masih 5cm, on ctg, Heartbeat baby makin drop. Dr indian tu mcm xsure dgn result crg tu, panggil lagi Dr lain plak utk double confirm, ulang lagi proses cek jln tu, Dr tnya “puan ada rasa nk berak tak? “Ya, ada” , “oke puan teran lah kalu rasa nk berak” . Xde kluar apa2 pun🤪( maknanya contraction yg terlampau kuat sampaikan rasa nk berak tapi jln masih x terbuka). Masa tu mesin dkt ctg tu da bunyi heartbeat bby berdegup lambat lambat mcm yang dlm drama tu , (tet tet teet teeeet teeeeet tee……) haa lebih kurang mcm tu laa. Dr terkejut bunyi mcm tu, diorang decide utk EMERGENCY CAESAREAN. Mama dah mcm org xbetul duk menahan contraction, mama setuju je demi baby mama. Sepanjang Dr tengah siapkan semua dokumen, mama usap perut, pujuk baby supaya kuat semangat, tahan sakit, skjp lagi kita dah nk berjumpA. Setitik air mata pun x keluar masa tgh sakit contraction tu, punya lah mama gagahkan diri utk awak baby.
Sblm tolak ke OT, mama kne swab test, sign beberapa dokumen, tukar pakaian, dan minum ubat cecair ( utk pekatkan darah rasanya ) . Mama x sempat jumpa papa utk salam ke apa sbb haluan kami berbeza dan terhalang disebabkan SOP jaman skrg. Masa masuk je OT, sejuk nak mampoosss bilik tu uols., pastu team husm ni cekap buat kerja. Diorang angkut tukar katil, tukar pakaian skjp je. Dr bius dtg mcm biasa lah, bacakn risiko pembedahan bla bla bla… , mama ni rasa nk marah je sbb kita duk menahan sakit contraction dia blh lagi duk baca2 menda tu. tapi Dr tu baik😊. Lepas bius memang dah xrasa apa2 kat bawah ni. Sakit perut pun dah totally lost , wah tenang dunia skjp. Msa tu baru mama dpt senyum sbb dah xrasa contraction. Mama sempat tgk susunan peralatan pembedahan terhidang indah atas troli tu(seram) banyak nauu pisau2 gunting2.
Tepat 12 pgi operation bermula. Dan mama enjoy the moment sambil borak dgn Dr bius, hihihi dah jd kawan plak td kemain nk marah kat dia. Memang xrasa apa2 pun Dr tgh buat apa kat perut kita, yg pasti mama rasa katil bergoyang sikit. Mungkin disebabkan diorang tekan perut utk keluarkan baby . Nasib baik lampu dkt atas x pantulkan apa yg Dr tgh buat kat perut mama, alhamdulillah. Kalau blh nampak, mmg mama pengsan rasanya😬.
Alhamdulillah proses keluarkan bayi mengambil masa 25 minit shj. Dr bius yg byk bg info dkt mama. Masa kepala baby keluar, Dr bius yg bg salam dkt baby “ Assalamualaikum syg, ooo baby celik mata dah” . Mama mcm x percaya yg zuriat mama dah kelur dgn selamat dan dah siap buka mata utk melihat dunia tipu tipu ni😭. Masa tu keluarlah air mata pertama mama sepanjang dkt hospital. Syukur alhamdulillah.


Selepas proses bersalin mama dgn baby berpisah sbb baby dikategorikan lemas jadi kne monitor dkt nicu, mama dah blh masuk wad biasa. Rasa sedih plak sbb ibu2 lain tdr sambil peluk baby, mama xde baby lagi msa tu, mama betul2 dpt rest yg berkualiti .
Sehari selepas tu baru lah mama dpt jumpa baby mama buat pertama kali. Alhamdulillah subgguh indah perjalanan proses bersalin mama. Setiap org berbeza jln cerita . Bersalin normal / czer semuanya sama. Kita adalah ibu yg kuat dan hebat utk anak2.


Semoga kalian enjoy ya. Nnt kita share psl lain plak yer🥰
#emergencyczer #fetaldistress #babylemas